Wednesday 29 January 2014

Pembangunan Moral Insan Khususnya Terhadap Golongan Mahasiswa

TAKRIFAN DAN DEFINISI

Siapakah yang dimaksudkan dengan mahasiswa? Mengapakah mahasiswa dikaitkan dengan pembangunan moral insan Negara? Soalan-soalan sebegini sering menjadi tanda tanya pelbagai pihak saban hari. Secara realitinya, mahasiswa itu dapat disimpulkan dengan mudah sebagai sekumpulan pelajar yang menuntut ilmu di mana-mana pusat pengajian tinggi, baik di dalam mahupun luar negara tanpa mengira bidang pengajian yang dipelajarinya. Menurut Dr. Zuhdi bin Marzuki (Univ.Malaya, 2001), mendefinisikan mahasiswa sebagai suatu kelompok pelajar yang yang berada dalam peringkat paling tinggi dalam sistem pendidikan formal sesebuah negara.

Mahasiswa juga dapat ditakrifkan sebagai satu jangka waktu yang paling berharga kepada sesiapun, kerana jangka waktu itulah terbentuknya bakal-bakal pemimpin negara, professor, jurutera, arkitek, doktor, akauntan, peguam, hakim, peniaga, usahawan, pengarah, sasterawan dan pelbagai bidang kemahiran yang lain. Segalanya bermula dan dibentuk pada fasa mahasiswa dan mereka merupakan tunggak masa hadapan Negara.

Sheikh Mustafa Mahsyur pernah menyatakan;

“Jika kamu ingin melihat masa hadapan sesebuah negara dan peradaban itu, lihatlah kepada generasi pemudanya (mahasiswa) di masa kini”



Sebaliknya, perkataan “Pembangunan Moral Insan” sering dilaungkan oleh kerajaan dan menjadi usaha kerajaan bagi menerapkan konsep ini dalam melahirkan lapisan masyarakat yang mempunyai mentality kelas pertama seperti yang diutarakan dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9). Namun sedemikian, apakah yang dimaksudkan dengan moral insan? Apakah pula yang dimaksudkan dengan pembangunan moral insan terhadap mahasiswa? Pelbagai pemahaman dan definisi dapat dihuraikan berdasarkan pendapat dan hujah masing-masing.

Menurut Becker (1987), moral insan ialah kriteria yang berkaitan dengan pengetahuan, maklumat, idea-idea, kemahiran dan tahap kesihatan yang dimiliki oleh individu dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab. Mahasiswa merupakan generasi yang akan mewarisi kepimpinan negara pada masa yang akan datang serta merupakan aset penting serta penjana golongan intelek dalam perkembangan dan pembangunan sesebuah negara. Mahasiswa merupakan moral insan yang berharga bagi menggerakkan keseimbangan negara dari aspek politik, ekonomi dan sosial. Definisi moral insan dibentangkan di peringkat institusi – institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta agar dapat membentuk mahasiswa yang akan menjadi tunggak negara pada masa hadapan.

Berdasarkan kajian seorang pensyarah UIAM, moral Insan dapatlah ditakrifkan mempunyai saksiah yang terpuji, menghayati sistem kepercayaan berfalsafah dan beprinsip, berintegriti iaitu mempunyai wawasan, perancangan yang rapi, keterampilan diri, pemantauan dan adab serta akhlak terpuji (Dr Che Noraini Hashim).
        

CIRI-CIRI moral INSAN OLEH MAHASISWA

Kebimbangan semakin terasa apabila golongan mahasiswa pada masa sekarang kurang menerapkan nilai-nilai moral insan sama ada mahasiswa di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) mahupun di Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Mahasiswa merupakan golongan terpelajar dan berpendidikan tinggi yang bakal mengambil alih kepimpinan negara. Tambahan pula sebagai pelajar yang bakal akan mengajar anak bangsa dan menjadi role-model kepada pelajar masa hadapan perlu menjadi insan berkualiti terlebih dahulu sebelum mendidik anak bangsa menjadi insan berkualiti.
Soalan: Apakah elemen-elemen yang perlu ada bagi melahirkan mahasiswa ke arah pembangunan moral insan?

Elemen utama moral insan yang terpuji yang perlu diterapkan oleh golongan mahasiswa adalah dengan memiliki pencapaian akademik yang mantap demi menjamin masa depan yang cerah dan gemilang. Elemen ini dapat membantu seseorang mahasiswa untuk bertindak dengan bijak dan secara tidak langsung dapat menyelesaikan sesuatu masalah dengan lebih efektif. Walaupun sering diperkatakan bahawa mahasiswa merupakan tulang belakang sesebuah negara serta berjiwa kental maka pertumbuhan masyarakat banyak bergantung kepada sumbangan komuniti teras. Mahasiswa juga harus bersedia dalam mengubah minda dari aspek perancangan, strategi, program serta mekanisma untuk menangani masalah yang akan wujud. Oleh itu, mahasiswa perlu peka terhadap tanggungjawab dan harapan yang penuh cabaran supaya dapat mematangkan sahsiah dan keutuhan ilmu untuk masa hadapan.

Selain itu, Mahasiswa perlulah berfikiran positif dimana kunci utama seseorang tokoh yang baik ialah tidak mudah mengalah apabila menghadapi sesuatu masalah. Bersikap positif bukan bermaksud membiarkan masalah yang berlaku begitu sahaja, atau memegang konsep ’tidak mengapa’ atau ’biarkanlah’. Bersikap positif bermaksud melihat sesuatu perkara dari sudut yang tepat serta mengambil pendekatan yang tepat bagi menangani isu atau perkara yang timbul tanpa menimbulkan masalah yang lain.

Bersifat proaktif dan progresif merupakan ciri pembangunan moral insan yang perlu diterapkan oleh golongan mahasiswa. Konsep ini sentiasa melihat kelemahan sebagai ruang untuk diperbaiki. Sentiasa mencari strategi baru bagi memantapkan keupayaan dalam mengurus dan memimpin. Tambahan pula, sebagai bakal guru pada masa hadapan, mahasiswa harus sedar bahawa kebanyakan daripada mereka nanti akan dilantik ke pelbagai jawatan sama ada di peringkat sekolah mahupun di kalangan masyarakat.

Selain itu, mahasiswa perlu bersifat praktikal dan munasabah dimana mahasiswa harus mengadaptasi kemahiran berfikir yang diajarkan dan membuat keputusan dengan tepat. Walaupun ada kalanya keputusan yang dibuat mungkin merugikan tetapi itu adalah pengalaman yang perlu dijadikan pengajaran bagi setiap individu mahasiswa.

Mempraktikkan semangat berpasukan dapat memupuk kerjasama antara individu akhirnya akan mewujudkan pasukan yang kuat. Mahasiswa perlu jelas bahawa kepentingan berpasukan harus diutamakan kerana kerja tidak boleh dilakukan secara bersendirian. Kepercayaan terhadap kemampuan orang lain serta sentiasa mengambil berat tentang orang lain akan menampakkan ketokohan seorang pemimpin.

Jadi, terbuktilah di sini bahawa pelbagai elemen-elemen penting perlu disemai dalam diri setiap golongan mahasiswa demi mencapai hasrat kerajaan melahirkan generasi mahasiswa yang bekualiti dan berpotensi tinggi bermotifkan pembangunan moral insan.

Kata Kunci

Elemen-Elemen Penting Mahasiswa Ke Arah Pembangunan moral Insan:

1. Pencapaian akademik yang mantap
2. Bersedia dalam mengubah minda
3. Berfikiran positif
4. Bersifat proaktif dan progresif
5. Bersifat praktikal dan munasabah
6. Mempraktikkan semangat berpasukan

TINDAKAN-TINDAKAN KERAJAAN TERHADAP MAHASISWA



Kerajaan Malaysia telah meletakkan keutamaan kepada aspek pembangunan moral insan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010) dengan menyediakan peruntukan yang agak besar bagi menjayakannya. Kerajaan telah merancang tindakan yang efektif bagi menjayakan usaha pembangunan moral insan terhadap golongan mahasiswa. Apakah tindakan-tindakan yang digariskan oleh kerajaan bagi pelaksanaan program ini?

Secara keseluruhannya, pelbagai tindakan diambil oleh kerajaan bagi melahirkan lapisan masyarakat berteraskan moral insan akan tetapi berikut merupakan tindakan kerajaan yang di khususkan kepada golongan mahasiswa :

• Melaksanakan penambahbaikan terhadap sistem penyampaian pendidikan dan latihan supaya ianya berkualiti dan releven dengan keperluan semasa;

• Membangunkan universiti bertaraf antarabangsa dan memastikan pendidikan dan latihan di peringkat tertiari memenuhi keperluan pasaran;

• Menyediakan lebih banyak peluang dan akses kepada pendidikan latihan dan pembelajaran sepanjang hayat yang berkualiti di semua peringkat;

• Membangunkan masyarakat inovatif dan kreatif, yang mempunyai pengetahuan dan keupayaan sains dan teknologi yang kukuh serta memiliki kemampuan memperoleh dan menggunakan pengetahuan;

Antara aspek yang terlibat dan rancangan kerajaan bagi menjayakan program pembangunan moral insan terhadap golongan mahasiswa termasuklah :

1. Pendidikan di Peringkat IPTA dan IPTS – meliputi dua perancangan iaitu:

• Melaksanakan Pelan Induk Pembangunan Pelajaran, 2006-2010 untuk merealisasikan satu sistem pendidikan yang holistik, progresif dan bertaraf dunia;

• Melaksanakan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara bertujuan menetapkan matlamat untuk meningkatkan kualiti pelajar, keupayaan pensyarah, infrastruktur institusi pengajian tinggi dan membina rangkaian dengan institusi-institusi pendidikan tinggi ternama dunia.

• Kerangka Kelayakan Malaysia (MQA) diperkenalkan bagi menjamin keseragaman kelayakan dan kualiti penyampaian menerusi perundingan dengan pihak industri, pengkajian semula kokurikulum setiap 3–5 tahun dan penyusunan program akademik melalui pengajian dwi-pengkhususan, major–minor, dwi-ijazah dan dwi-anugerah bersama (Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010).

• Konsep pembelajaran sepanjang hayat oleh IPTA dan IPTS seperti yang dilaksanakan oleh Universiti Terbuka Malaysia (OUM) kepada golongan mahasiswa turut diperkenalkan agar proses pembangunan moral insan di negara ini bukan hanya tertumpu kepada golongan belia yang mempunyai keputusan pendidikan yang cemerlang malah memberi peluang kepada mereka yang mendapat keputusan yang kurang memuaskan di peringkat sekolah tetapi berminat untuk melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi.

2. Sains, teknologi dan inovasi – meliputi dua penekanan iaitu :

• Usaha bagi membangunkan institusi latihan yang berupaya melahirkan tenaga kerja berpengetahuan khususnya dalam bidang teknologi maklumat dan melahirkan generasi mahasiswa yang berkaliber dan berpotensi tinggi.

• Mewujudkan program yang mampu meningkatkan kemahiran penyelidikan supaya melahirkan generasi mahasiswa yang mampu mencipta produk baru berinovasi tinggi bagi memajukan prestij dan kedudukan Negara pada masa hadapan.

Kesimpulannya, bagi memastikan agar matlamat untuk mencapai negara membangun pada tahun 2020 menjadi kenyataan, negara perlu menyediakan insan-insan yang berdaya saing, kreatif dan berjiwa besar untuk memikul cabaran ‘Wawasan 2020’. Usaha ini perlu dimulakan dari sekarang kerana generasi muda yang ada pada hari ini adalah bakal pemimpin pada masa akan datang. Secara keseluruhannya, dapatlah disimpulkan bahawa pembentukan moral insan adalah amat penting bagi mewujudkan individu, masyarakat dan negara yang baik, aman dan damai. Golongan pendidik memainkan peranan yang utama bagi melahirkan golongan mahasiswa yang mempunyai minda kelas pertama dan ia memerlukan sokongan dari semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.

Soalan : Apakah tanggungjawab dan harapan mahasiswa dalam mencapai negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang?

Mahasiswa perlu keluar daripada zon selesa supaya tidak hanya digambarkan sebagai ‘hanya menunggu arahan daripada pihak atasan’ dan perlulah lebih bersikap terbuka selaras dengan ciri-ciri pembangunan moral insan. Ini juga secara langsung mengharapkan mahasiswa bersikap lebih ‘transparence’ kerana dianggap sebagai pembela suara rakyat dan agen perubahan sesebuah masyarakat yang menyumbang kepada pembangunan insan. Harapan sebegini perlu disegerakan untuk mengelakkan lahirnya mahasiswa bersikap katak di bawah tempurung yang boleh mengundang kepada kejahilan.

Bekas perdana Menteri Malaysia yang ke -5, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam ucapan beliau sempena Hari Pekerja (2000) telah menyeru rakyat berganding bahu agar pendidikan negara mampu melahirkan moral insan yang kekal relevan dengan kehendak industri dan pasaran semasa serta mampu bersaing dengan di peringkat antarabangsa.



CORETAN KERATAN AKHBAR BERKAITAN PEMBANGUNAN moral INSAN

Menjana moral insan mahasiswa

Oleh ANUAR AHMAD PROGRAM

NEGARA kini memiliki lebih 20 buah institut pengajian tinggi awam (IPTA). Selain itu, puluhan kolej universiti dan kolej sedang beroperasi di seluruh pelosok negara kita. Puluhan ribu pelajar menuntut di semua institusi ini dan sudah ratusan ribu yang menjadi alumni menara gading sama ada di dalam atau luar negara.



Mahasiswa IPT tidak syak lagi merupakan moral insan dan pelapis kepimpinan negara. Tidak kira sama ada mereka akan menjadi pemimpin di dalam politik, pentadbiran negara, pengurusan syarikat dan komuniti satu hari nanti.

Penulis bertuah kerana berpeluang melibatkan diri sepenuh masa dengan pembangunan pelajar di IPT. Sebagai bekas pemimpin pelajar dan kini melaksanakan tanggungjawab sebagai pengetua di sebuah kolej kediaman di UKM, penulis dapat melihat, mendengar dan merasa permasalahan serta keluh-kesah para pelajar secara mendalam dan teliti.

Satu perkara yang sangat jelas pada ketika ini di semua IPT ialah wujudnya seakan kelesuan kegiatan berpersatuan pelajar berbanding era 1990-an. Imej kelesuan kini sering dikaitkan dengan kepimpinan mahasiswa yang lemah, pelaksanaan program dan aktiviti bersifat picisan, tiada peruntukan dan bantuan yang mencukupi, kurang melibatkan kalangan masyarakat, kegiatan yang tidak intelek dan sangat kurang yang bersifat kesukarelaan atau khidmat masyarakat.

Belajar di IPT seakan tidak lengkap jika pelajar tidak melibatkan diri dengan kegiatan berorganisasi serta berpersatuan. Malah sebahagian kemahiran insaniah yang tidak diperoleh di dalam dewan kuliah akan diperoleh melalui persatuan. Malah lebih banyak yang ingat apa yang berlaku di luar dewan kuliah berbanding kuliah oleh para pensyarah.

Kata Albert Einstein, pendidikan yang sebenar ialah ilmu yang masih tertinggal apabila seseorang telah melupakan semua apa yang dilalui semasa di sekolah dahulu. Oleh itu, apa pun yang dipelajari semasa melaksanakan aktiviti berpersatuan sebenarnya adalah sebahagian pendidikan untuk membina moral insan mahasiswa.

Imej dan identiti mahasiswa sekarang sudah berubah berbanding masa lalu. Oleh kerana program akademik yang semakin padat, pembelajaran di universiti kini lebih cenderung belajar berasaskan modul, kurang inisiatif mencari input-input tambahan, sangat bergantung pada bacaan asas atau teks utama.

Pelajar juga lebih suka menunggu arahan pensyarah dalam tugasan mereka dan gemar dipimpin berbanding memimpin. Selain itu imej 'ulat-Internet', taksub dan 'gila' komputer, khayal dengan hiburan terkini serta meminati bahan dan media bacaan ringan. Etika berpakaian juga semakin lemah. Alasannya lebih ringkas adalah lebih praktikal.

Bagaimanakah mahasiswa menyumbang kepada imej lesu ini. Umumnya, ada tiga kumpulan utama yang memberikan sumbangan berbeza.

Kumpulan pertama berpandangan bahawa semua permasalahan dan kelesuan mahasiswa berpunca daripada pihak berkuasa. Mereka cenderung menyalahkan kerajaan dan kepimpinan universiti. Kumpulan ini selalunya 'termakan' dakyah pembangkang dan sering menuding jari bahawa segala kelemahan mahasiswa berpunca daripada kelemahan kerajaan.

Misalnya, bila ada pandangan pihak majikan menyatakan mahasiswa sekarang tidak boleh berkomunikasi dengan baik, kumpulan ini akan segera menyalahkan AUKU yang dikatakan mengongkong suara mahasiswa. Tentu sekali tuduhan tersebut tiada kaitan sama sekali. Malah jika mahasiswa kurang bersukan atau makanan di kafeteria tidak memenuhi cita rasa pelajar walaupun menu berkhasiat, kumpulan ini akan tetap menyalahkan kerajaan dan universiti.

Maka atas pemikiran sebegitu, kebanyakan aktiviti mereka cenderung untuk mengkritik, menuduh serta memburukkan pihak universiti dan kerajaan tanpa ingin memahami situasi sebenar.

Misalnya apabila cadangan AUKU disemak semula, mereka tanpa memahami apakah isi kandungan pindaan AUKU akan menunjukkan penentangan serta bangkangan mereka melalui demonstrasi dan juga risalah-risalah.

Mereka bertanggungjawab memberi imej negatif universiti ke mata masyarakat luar kampus. Bagaimanapun mereka biasanya tidak pula menganjurkan program yang proaktif untuk meningkatkan kembali identiti mahasiswa seperti yang diharapkan.

Kumpulan kedua, memberikan sumbangan yang agak berbeza tentang imej kelesuan mahasiswa. Mereka datang dari kumpulan masyarakat yang budayanya berbeza dengan budaya perdana universiti.

Sebagai contoh, seorang pelajar yang datang daripada keluarga yang bersifat autokratik akan menghadapi kejutan budaya apabila berada di dalam dewan kuliah atau tutorial. Begitu juga yang datang dari pedalaman.

Mereka ini biasanya hanya menerima apa sahaja keputusan ibu bapa. Membantah atau tidak bersetuju akan dianggap tidak sopan serta tidak mengenang budi. Menyampuk akan dianggap kurang ajar dan biadab.

Malangnya budaya sebegini tidak diamalkan di kampus. Dalam dewan kuliah dan tutorial pelajar dianjurkan malah dipuji jika memberi pandangan kritis, berbeza atau tidak bersetuju dengan pandangan pensyarahnya. Mereka dilatih untuk berhujah dan berdialog untuk meningkatkan pemikiran intelektual mereka. Menyampuk ketika orang lain bercakap ada ketikanya digalakkan dan dibenarkan di dalam tutorial. Malah pelajar juga boleh membangkang sesuatu isu yang difikirkannya tidak sesuai tetapi mesti mempunyai fakta dan rasional untuk mempertahankan hujah mereka.

Ramai di kalangan pelajar yang telah tersalah menterjemahkan budaya baik kepada tabiat yang buruk. Misalnya rasa rendah diri dan malu bertanya diterjemahkan sebagai budaya mulia iaitu tidak sombong dan tidak mahu menonjolkan diri.

Sikap lebih suka mendengar diterjemahkan sebagai menghormati orang. Kurang bercakap dikatakan sebagai sopan santun. Membiarkan orang lain mengambil peluang dikatakan sebagai mengamalkan sikap tidak mementingkan diri sendiri.

Akibatnya, kumpulan ini akan lebih suka berdiam dan menarik diri daripada semua aktiviti persatuan yang dirasakan bertentangan dengan budaya dan nilai mereka. Mereka lebih suka berdiam diri, meminggirkan diri daripada arus perdana aktiviti pelajar serta lebih suka menonton TV atau melayari Internet apabila tiada kuliah.

Kumpulan ketiga yang memberikan imej kelesuan kepada mahasiswa disumbangkan oleh kumpulan yang terlalu berorientasikan akademik. Mereka masih terperangkap dengan pemikiran pembelajaran di peringkat SPM, STPM atau matrikulasi yang sangat mementingkan pencapaian sempurna di dalam peperiksaan. Di universiti pencapaian akademik perlu dilengkapi dengan kemahiran insaniah yang lain khususnya kemahiran berkomunikasi dan berorganisasi. Mereka juga perlu menguasai sekurang-kurangnya bahasa kedua yang berkaitan dengan kerjaya mereka.

Misalnya di dalam bidang pengajian Islam, penguasaan bahasa Arab adalah penting manakala di dalam bidang sains dan teknologi serta sains sosial, penguasaan bahasa Inggeris adalah sangat diperlukan. Kumpulan ini hampir tidak mempedulikan langsung aktiviti berpersatuan sama ada di kolej kediaman atau persatuan di peringkat fakulti dan universiti. Walaupun ada di antara mereka cemerlang akademik, biasanya mereka didapati kurang kemahiran di dalam komunikasi, kepimpinan serta sukan.

Meninjau bentuk aktiviti serta program berpersatuan yang dilaksanakan oleh mahasiswa, jelas mereka sudah ketandusan idea serta tidak menunjukkan minat yang tinggi di dalam kerja-kerja berpersatuan.

Sikap taksub Internet telah melalaikan mereka kepada perkara lain yang jauh lebih penting. Mereka kurang melibatkan diri dengan persatuan yang bertujuan melatih pembangunan berorganisasi, bermesyuarat serta berkomunikasi dengan rakan berpersatuan. Rata-rata pelajar IPT sekarang lebih suka berdiskusi melalui blog dan emel dan kemahiran berkomunikasi secara berdepan tidak lagi menjadi keutamaan pada mereka.

Program persatuan juga sudah bersifat picisan, ringan serta tidak menonjolkan keintelektualan pelajar IPT. Mereka cenderung untuk menganjurkan pertandingan permainan video, nyanyian pop, hip-hop atau nasyid melalui karaoke dan kurang pula ingin mempelajari ilmu nyanyian yang betul. Program mereka juga kadang-kala mirip 'pesta pasar malam' yang dipenuhi dengan gerai makanan, baju dan peralatan dan aksesori komputer.

Sangat kurang program khidmat masyarakat dilakukan oleh pelajar IPT berbanding masamasa lalu. Jauh sekali program pengantarabangsaan yang dianjurkan dengan alasan kos yang sangat tinggi. Biasanya di hujung minggu, pelajar IPT lebih suka pulang ke kampung untuk menghabiskan cuti di rumah.

Mahasiswa sekarang lebih sukakan pengajaran yang bermodul. Dengan kata lain, pembelajaran sudah dirancang sepenuhnya oleh pensyarah untuk pelajar. Mereka akan menilai seseorang pensyarah sebagai baik dan berkualiti jika pensyarah tersebut menyediakan segalanya untuk mereka.

Pensyarah yang mensyaratkan pelajar mencari bahan pembelajaran tambahan sendiri, memberikan beban tugasan yang banyak dan mensyaratkan melakukan kerja kumpulan secara berpasukan (lebih-lebih lagi perlu percampuran etnik), tegas di dalam perbincangan, akan dinilai oleh pelajar sebagai "tidak mesra pelajar".

Pelajar lebih suka kepada pensyarah yang menyediakan semuanya untuk mereka. Dari senarai bahan bacaan utama, nota kuliah, bahan bacaan tambahan hinggalah kepada contoh soalan tahun-tahun lepas.

Tentunya ada di antara pembaca yang menilai seolah-olah penulis seperti begitu merendahkan kebolehan mahasiswa tetapi percayalah pemerhatian di semua IPT memperlihatkan trend yang sama dan perlukan penambahbaikan dengan kadar segera.

Penulis bersetuju bahawa tentu sahaja yang masih ada pelajar berkualiti dan memenuhi keperluan moral insan negara dan tidak tergolong di kalangan tiga kumpulan di atas. Tetapi jumlah mereka tidak ramai. Maka itu pihak Kementerian Pengajian Tinggi seharusnya mula memberikan keutamaan untuk melaksanakan penambahbaikan ini. Pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) di IPT juga seharusnya boleh melakukan beberapa anjakan paradigma besar untuk memulihkan kembali kelesuan kegiatan mahasiswa.

Sekurang-kurangnya empat perkara di bawah harus dilaksanakan dengan segera. Pertama, kerangka aktiviti kemahasiswaan era ini harus mengambil kira keperluan majikan dan industri dan juga keperluan nilai masyarakat. Kedua, pihak universiti perlu melaksanakan latihan untuk meningkatkan kemahiran tadbir urus kemahasiswaan di kalangan para pegawai JHEP.

Para personel JHEP bertanggungjawab untuk membantu pelajar melaksanakan program yang berkualiti. Rata-rata, kebanyakan pegawai JHEP belajar melalui pengalaman mereka semata mata di dalam memahami pengurusan mahasiswa di IPT. Ketiganya, menjadikan aktiviti pelajar sebagai aktiviti wajib kepada para pelajar.

Keempat, menyediakan peruntukan kewangan yang secukupnya untuk melaksanakan aktiviti pelajar sama ada melalui peruntukan kerajaan, tajaan industri, korporat ataupun alumni IPT. Adalah tidak benar bahawa AUKU adalah sebab utama yang membawa kepada imej kelesuan mahasiswa sebagaimana yang disuarakan oleh sesetengah pihak di luar kampus.

Mahasiswa perlu berfikir dan mula merancang aktiviti yang lebih mencabar sesuai dengan harapan masyarakat terhadap mereka sebagai moral insan utama pembangunan negara. Pihak KPT dan IPT pula perlu lebih bersikap terbuka untuk menerima idea-idea baru para mahasiswa walaupun kadangkala idea-idea tersebut berada di luar kotak pemikiran kita.

PENULIS ialah Pensyarah Sosiologi dan Pendidikan Sejarah, Fakulti Pendidikan, UKM

Artikel Penuh: Utusan Melayu (M) Bhd

 (Berita Harian, 18 Oktober 2012, ms 24 & 25, Rencana)



 
written by: NurHazwani Bt Twany Mydin & Revathi Thyagarajan

Sunday 26 January 2014

Pembangunan Moral Insan Remaja

Takrif

Remaja adalah merupakan aset yang penting kepada agama, masyarakat dan negara. Berapakah takrifan umur remaja yang sebenarnya?. Adakah remaja itu diukur mengikut umur hayat dalam bilangan tahun, atau peringkat pertumbuhan dan perkembangan badan manusia? Dalam jiwa masyarakat Inggeris, umur 12 tahun masih dikatakan kanak-kanak, kerana bermula 13 tahun barulah bermula usia remaja. Ini kerana, usia 11 dan 12 disebut eleven dan twelve, tapi 13, 14, 15 sampai 19 semuanya berakhiran -teen. Maka terciptanya istilah teenager di Amerika Syarikat pada tahun 1950-an. Ianya kemudian diluaskan penggunaannya ke seluruh dunia masyarakat berbahasa Inggeris untuk golongan berusia 13–19 tahun.

Dalam Kamus Dewan (Edisi Keempat), "remaja" bermaksud "mulai dewasa, sudah akil baligh, sudah cukup umur untuk berkahwin". Ini berkenaan dengan sifat jasmani, bukan lingkungan usia dalam bilangan. Menurut perspektif Islam tidak dinyatakan istilah remaja secara khusus. Namun golongan ini termasuk dalam kategori pemuda yang seringkali dinyatakan dengan pengertian bahasa Arab iaitu ‘syabab’ atau ‘fataa’. Manakala menurut Fuad Ifrah Al-Bustami (1982) istilah remaja atau pemuda ini membawa erti satu peringkat umur manusia yang bermula daripada akil baligh sehingga menjelang usia akhir 30’an. Daripada statistik Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2012, berdasarkan jumlah 29,336,815 jumlah penduduk Malaysia hampir 50% adalah golongan yang berumur 34 tahun dan ke bawah.


Latar Belakang & Permasalahan

Pembangunan moral insan remaja dalam konteks Malaysia secara bersepadu dan sistematik masih baharu. Pada masa dahulu tiada aktiviti pembangunan dan pembentukan moral insan remaja secara khusus, sebaliknya berkisar terhadap pengalaman bersama keluarga, masyarakat dan institusi pengajian seperti sekolah ‘Pondok’. Perkembangan dan pembentukan moral remaja pada masa dahulu banyak berkisar tentang akhlak dan moral dalam agama seperti agama Islam selain adat resam dan tradisi sesebuah masyarakat.

Mengikut peredaran masa, golongan remaja mula terdedah kepada anasir luar dan gejala kurang sihat bermula seawal era 1960’an hingga 70’an. Sebelum waktu itu, keruntuhan moral adalah sangat kecil dengan kegiatan yang terhad seperti pengambilan candu dan samsu haram terutamanya oleh golongan bukan Islam. Namun apabila dunia muzik mula berkembang di Britain dan Amerika sehingga berlaku konsert mega di Woodstock New York USA pada 15 Ogos 1969, maka tersebar luas melalui muzik ini pengaruh liar seperti penghayatan kehidupan cara ‘Hippies’ iaitu melalui pengambilan minuman keras dan dadah selain daripada pergaulan bebas tanpa ikatan perkahwinan. Anak-anak muda yang dihantar belajar ke luar negara pada era tersebut ramai yang terikut-ikut dengan gaya hidup bebas setelah pulang ke tanah air.

Apabila zaman tersebut berlalu, kini penyebaran dakyah songsang yang bertentangan dengan nilai murni berleluasa dan berlaku di depan mata di atas nama kebebasan dan hak asasi manusia. Ianya diburukkan lagi dengan pengisytiharan era globalisasi melalui konsep dunia tanpa sempadan dengan capaian terhadap pelbagai sumber maklumat tanpa sekatan melalui medium elektronik seperti komputer dan telefon pintar. Tatkala masyarakat mahu membendung, di pihak yang lain mahu diberi kebebasan agar semua pihak dapat sama-sama menilai yang baik dan yang buruk di’momok’kan sebagai keperluan di atas nama pembangunan dan kemajuan. Justeru, itulah nilai dan pengorbanan yang harus kita terima demi mengejar kemajuan dan di atas kepentingan dan keuntungan kepada pihak-pihak tertentu. Ini kerana tiada kajian terperinci oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sebelum akses atau capaian diberi, malahan remaja diberi rebet untuk menggalakkan pembelian telefon pintar dan ibubapa pula diminta untuk mengawasi.

Di antara medium digunakan untuk akses kepada dunia tanpa sempadan:


Dalam mengejar arus kemodenan dan demi kelangsungan hidup di abad ke 21 yang semakin mencabar maka ibubapa harus bekerja untuk menampung perbelanjaan isi rumah yang semakin meningkat. Ruang masa yang terbatas untuk bersama anak-anak menyebabkan pemikiran mereka tidak berkembang, kaku, stereotaip dan lebih terikut dengan media dan juga pengaruh rakan sebaya. Ibu bapa banyak yang bekerja sejauh 50-100 kilometer perjalanan dari tempat kediaman, keluar awal pagi dan pulang sehingga lewat petang atau malam kerana kesesakan lalulintas. Berikutan itu, pada hari Jumaat contohnya ramai anak-anak remaja Islam yang tidak hadir ke masjid untuk Solat Jumaat berikutan ketiadaan ibubapa untuk memantau, kerana masalah kenderaan, dan juga dari aspek keselamatan. Akibatnya anak-anak banyak menghabiskan masa bersama rakan dan orang lain selain ibubapa.

Tekanan untuk mengejar kecemerlangan dalam bidang pendidikan demi mendapatkan kerjaya yang baik dalam sektor pekerjaan menyebabkan remaja menjadi ulat buku dan lupa untuk menikmati kehidupan di alam remaja dengan sebaik-baiknya. Ada juga ibubapa atau pihak yang beranggapan tidak mengapa jika pelajar terlibat dengan budaya samseng dan buli di sekolah kerana itu sifat semulajadi dalam menimba pengalaman hidup asalkan cemerlang dalam pelajaran. Oleh itu, kesimpulan yang mereka ambil ialah keruntuhan moral remaja yang ‘sedikit’ itu tidak akan menghalang survival remaja tersebut dalam kehidupan dan kerjaya kelak.

Selain itu, sikap individualistik dalam masyarakat yang menebal juga dilihat sebagai punca keruntuhan moral remaja. Tiada lagi keprihatinan masyarakat terhadap jiran tetangga untuk saling berkenal-kenalan berikutan penghijrahan dan juga jurang sosial yang semakin ketara. Anak-anak remaja jiran tidak boleh ditegur sebarangan kerana ibubapa cepat melenting tanpa usul periksa, tambahan pula ibu bapa mendidik anak-anak mengikut psikologi Barat tanpa menjentik sedikitpun, apatah lagi hendak merotan, jika tersilap berbekas di badan boleh dituduh mendera dan didakwa di mahkamah seperti yang berlaku tehadap pasangan Malaysia di Sweden baru-baru ini. Rumah-rumah banglo dibina dengan tembok tinggi berpengawal menjadikan kunjungan saudara-mara lebih kepada urusan rasmi serta perlu dimaklum terlebih dahulu, sedangkan di kampung-kampung sesiapa sahaja boleh singgah ke rumah jika berhajat. Akibatnya remaja tidak mengenali saudara mara yang jauh dan yang dekat sehinggakan kadangkala orang yang saling bertelagah dan bergaduh di jalanan juga rupa-rupanya bersaudara.

Di antara masalah sosial akibat daripada keruntuhan akhlak dan moral remaja yang dikenalpasti adalah:-

1. Penagihan Dadah

Jadual Perangkaan Sosial Terpilih Jabatan Perangkaan Malaysia 12/2010 kumpulan pengagih dadah mengikut kaum di Malaysia:-

Tatkala bilangan peratusan penagih dari kaum lain sedang menurun kaum Melayu yang rata-rata beragama Islam masih menjadi golongan terbesar penagih dadah. Penagih dadah dalam kumpulan umur remaja dan belia 18-34 tahun adalah merupakan jumlah terbesar iaitu mendominasi 70% daripada jumlah keseluruhan penagih.

2. Lumba Haram (Mat Rempit)


3. Mengikut Budaya Barat


4. Mengambil minuman keras

5. Rogol / Maksiat dan Membuang Bayi


6. Vandalism


7. Jenayah Ragut / Mencuri dan lain-lain kesalahan.


Membangun Moral Insan Remaja.

Pembangunan moral insan remaja boleh dibahagi kepada 2 iaitu pembangunan spiritual individu mengikut cara dan syariat Islam dan juga cara konvensional.

A. Pembangunan spiritual remaja mengikut Perspektif Islam

Akhlak atau moral remaja yang terbaik boleh diambil contoh ialah akhlak Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W dinyatakan sepertimana dalam Al -Quran. Dinyatakan bahawa Baginda s.a.w. dikenali sebagai seorang yang jujur dan amanah di kalangan kaumnya, Baginda terkenal dengan hubungan baik, menepati janji, perjalanan hidup mengikut landasan yang lurus dan reputasi baik. Ini menarik minat Siti Khadijah (seorang saudagar) untuk memberi tawaran kepada Baginda bermula seawal usia 12 tahun agar memperniagakan harta dagangannya melalui sebuah kafilah yang pergi ke kota Busra setiap tahun. Oleh itu, setiap amalan murni dan terpuji adalah merupakan sifat-sifat akhlak atau moral Rasulullah S.A.W sehingga baginda digelar Al-Amin di usia remaja.

Manakala Imam al-Ghazali meletakan lima faktor yang boleh membangunkan moral dan akhlak seseorang, iaitu:

(1) Tazkiyyah al-Nafs atau pembersihan jiwa;

(2) Mujahadah atau melawan hawa nafsu;

(3) Melazimi amalan kebaikan;

(4) Membuat sesuatu yang bertentangan dengan akhlak yang buruk; dan

(5) Muraqabatullah atau pengawasan diri terhadap Allah SWT

Pertama Pembersihan jiwa dilakukan melalui al-tahalli ( التحلي ).

Pembentukan jiwa yang bersih dengan Taklif suruhan seperti solat, puasa, tilawah al-Qur’an, zikir, tafakur, mengingati mati, koreksi diri (muhasabah), mendekatkan diri kepada Allah SWT (muraqabah), melawan hawa nafsu (mujahadah), menyuruh kebaikan (amar makruf) dan mencegah kemungkaran (nahi mungkar), serta tawadhuk dan rendah diri juga dapat memberi kesan secara langsung kepada usaha pembersihan jiwa ini. Taklif larangan pula melibatkan proses pencegahan yang bersangkutan dengan tujuh anggota lahir manusia, iaitu mata, telinga, lidah, perut, organ seks, tangan, dan kaki. Ia perlulah dibersihkan daripada perlakuan yang bertentangan dengan syariat Islam.

Kedua, Mujahadah atau melawan hawa nafsu.

Mujahadah adalah melawan hawa nafsu semaksima mungkin sifat mazmumah (buruk dan keji) agar ia menjadi stabil dan dapat diarahkan kepada pembinaan peribadi yang luhur. Imam al-Ghazali memberi perhatian yang sangat mendalam untuk melakukan mujahadah yang berterusan berteraskan kekuatan jiwa yang jitu untuk menghadapi sifat mazmumah tersebut berdasarkan keluasan ilmu pengetahuan dan pengendalian yang berhikmah serta tahap kesabaran yang tinggi.

Ketiga, Melazimi amalan kebaikan.

Membentuk keperibadian insan adalah melakukan amal kebaikan secara konsisten dan berterusan. Setelah melakukan mujahadah, ia perlu disusuli dengan melakukan kebaikan secara berterusan agar ia membentuk suatu kebiasaan yang akhirnya menjadi tabiat kehidupannya. Asas kepada aspek ini adalah melakukan ibadah khusus seperti solat, puasa, zakat, dan haji; di samping melakukan kebaikan terhadap sesama manusia, alam, dan haiwan.

Keempat, Membuat sesuatu yang bertentangan dengan akhlak yang buruk.

Membuat sesuatu yang bertentangan dengan akhlak yang buruk adalah seperti bersikap sabar daripada sifat marah, amanah daripada khianat, syukur daripada sombong, pemurah daripada kedekut, bodoh daripada belajar, malas daripada rajin, dan lain-lain lagi.

Kelima, Muraqabatullah atau Pengawasan diri terhadap Allah SWT.

Imam al-Ghazali menyatakan bahawa muraqabatullah adalah merasakan diri diawasi oleh zat yang menjaga dirinya dan menumpukan perhatian yang bersungguh-sungguh kepada-Nya.

Kesimpulan daripada Imam Al-Ghazali ialah pencapaian akhlak yang baik adalah hasil daripada gabungan potensi yang disebutkan dengan menanam rasa kecintaan dengan luhur dan ikhlas terhadap Allah S.W.T

B. Kaedah Konvensional

Peranan Ibu Bapa

Sementara itu kaedah yang biasa diguna adalah melalui pembentukan moral insan remaja adalah bermula daripada ibu bapa dan keluarga. Kajian mendapati peranan kasih sayang daripada ibubapa dan keluarga memainkan peranan yang penting dalam pembentukan moral remaja. Sekiranya kurang kasih sayang menyebabkan remaja tersisih, manakala anak remaja yang terlebih kasih sayang dan ‘ditatang bagai minyak yang penuh’ juga akan berhadapan dengan masalah jika tidak pernah ditegur. Oleh itu, kasih sayang yang dicurahkan eloklah seadanya dan ke arah membina sahsiah dan moral remaja tanpa meminggirkan nasihat, teguran dan hukuman jika perlu. Ibubapa juga seharusnya mengambil tahu dengan siapa anak remaja mereka berkawan, prestasi pembelajaran dan juga kecenderungan untuk memudahkan pemantauan dilakukan.

Terdapat konflik dalam diri manusia, iaitu satu pertembungan antara tuntutan dan kehendak mereka dengan nilai-nilai dari ajaran agama dan norma-norma sosial. Ini berdasarkan kepada hakikat penciptaan mereka dan kehidupan mereka di alam maya ini yang bersifat sementara dan penuh dengan cubaan dan dugaan. Justeru, ibu dan bapa seharusnya memahami hakikat ini agar strategi dapat diatur bagi memastikan bahawa anak-anak memiliki kesihatan jasmani. Malahan yang lebih penting iaitu mereka mempunyai kesihatan jiwa yang akan dizahirkan dalam perbuatan yang mencakupi perkataan (tutur kata) dan pemikiran.

Ibu bapa juga hendaklah sentiasa memantau setiap aktiviti dan pergerakan anak-anak mereka.Hal ini penting bagi menjamin disiplin anak-anak agar mereka tidak mudah terpengaruh dengan penyakit sosial yang kian berleluasa. Antaranya ialah melepak dan ponteng sekolah. Ibu bapa perlu sentiasa bertanya keadaan mereka di sekolah dan mengambil tahu setiap perkara yang mereka lakukan. Janganlah bersikap lepas tangan terhadap perkara seperti ini.Justeru, pemantauan daripada ibu bapa amat penting dalam merealisasikan impian mereka untuk menjadikan anak-anak mereka orang yang berjaya. Sekiranya institusi keluarga dijaga baik dengan menerapkan nilai-nilai murni dan kasih sayang yang tinggi ini, dapat mengelak berlakunya perpecahan dalam keluarga yang boleh memberi kesan negatif kepada anak-anak.

Peranan Masyarakat

Masyarakat lahir daripada gabungan anggota-anggota keluarga. Sebagai anggota masyarakat, terutama sekali yang telah diberi amanah dan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin seharusnya mampu melaksanakan tugas dan amanah tersebut melalui masyarakat. Kejayaan seseorang mengurus masyarakat dapat diukur melalui kejayaan-kejayaan yang telah dicapai dari segi membebaskan masyarakat daripada gejala sosial dan galakkan kerja-kerja kebajikan.

Masyarakat khususnya ketua-ketua kampung dan ketua kumpulan masyarakat harus memainkan peranan untuk memulihara hubungan dalam komuniti kerjiranan melalui rukun tetangga, ahli kariah surau dan masjid bagi memastikan anak-anak remaja diberi peranan dan tanggungjawab terhadap sesuatu contohnya kebersihan halaman surau. Oleh itu mereka tidak akan dapat menghabiskan masa terluang dengan melepak dan melakukan perkara tidak bermoral. Remaja juga harus digalakkan menyertai pelbagai program yang boleh dianjurkan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) seperti pertandingan sukan bolasepak dan sebagainya. Melalui pelbagai program yang dijalankan walaupun nampak remeh tetapi boleh membina jatidiri dan ukhwah di kalangan penganjur, peserta dan penonton yang terlibat. Daripada perkenalan serta persahabatan ini maka masyarakat akan lebih perihatin dan tidak lagi timbul isu tidak bertegur sapa atau marahkan jiran. Bak kata pepatah ‘tak kenal maka tak cinta’


Sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai bangsa dan agama, adalah menjadi tanggungjawab kita bekerjasama untuk memelihara hubungan baik tersebut. Hal yang demikian kerana, permusuhan dalam kalangan bangsa dan agama yang berlainan akan membawa padah yang berat dan berpanjangan. Oleh sebab itu, umat Islam digalakkan untuk bermuamalah dengan cara yang harmoni. Perlu ada sifat menegur kesilapan dan memberi nasihat dalam anggota masyarakat bagi mewujudkan sebuah masyarakat yang bertamadun dan juga untuk mewujudkan masyarakat yang bersedia untuk ditegur dan menegur antara satu sama lain.

Peranan Kerajaan

Kerajaan memainkan peranan yang penting dalam membangunkan moral remaja. Banyak kegiatan anjuran badan-badan kerajaan boleh disertai bagi semua peringkat umur dengan melibatkan aspek kebudayaan, kesenian dan agama khusus untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan dan masyarakat seperti pertandingan memancing, memasak, sukaneka dan pameran kreatif, program-program berbentuk latihan kemahiran, perniagaan, pengurusan serta pencegahan dan pemulihan.

Langkah yang di ambil oleh negara dengan mensasarkan pencapaian pembangunan ke arah menuju Wawasan 2020 menurut acuan dan bentuk tersendiri turut mencetuskan kecenderungan bagi melahirkan modal insan terbaik, juga menurut ciri-ciri yang khusus dan bersesuaian dengan keperluan negara. Sememangnya modal insanlah yang menjadi tumpuan penting dalam perancangan pembangunan dan kemajuan kerana ia merupakan tenaga penggeraknya. Remaja inilah yang menentukan setiap langkah dan hala tuju digagaskan dan perancangan dilaksanakan. Berasaskan peranan penting modal insan inilah maka Islam memberikan penekanan lebih utama terhadap pembangunannya berbanding dengan pembangunan dari aspek fizikal.

Kerajaan telah memperkukuh kerjasama industri dan penyelidikan di dalam bidang pendidikan dengan:-

• Memberi lebih autonomi kepada universiti dan memperkukuh budaya berprestasi tinggi;

• Memperkukuh kurikulum kursus pengajian bagi menyeimbangkan kandungan akademik dan soft skills; dan

•Melantik dan mengekalkan staf akademik yang terbaik.

Program-program yang sedang berjalan dan bakal dibangunkan oleh kerajaan adalah seperti :

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang merupakan kursus latihan wajib selama tiga bulan di Pusat Latihan PLKN seluruh Malaysia bagi sesetengah daripada mereka yang terpilih apabila menamatkan pendidikan sekolah menengah di Malaysia atau berumur 17 tahun ke atas. Ia bertujuan bagi pembinaan sahsiah diri bermatlamatkan membina dan mengukuhkan semangat patriotisme kalangan generasi muda, memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional dan membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni. Program ini bukanlah bersifat Kerahan Tenaga dan tidak mengikut mana-mana model daripada luar kerana dilaksanakan menurut cara Malaysia.


Modul-modul latihan Khidmat negara yang diterapkan kepada para perserta adalah:

• Modul fizikal yang dilaksanakan untuk membina kemahiran dan ketahanan mental, emosi, spiritual dan fizikal bagi menjadikan peserta Program Latihan Khidmat Negara sebagai warganegara yang berkesan.

• Modul kenegaraan diperkenal untuk memperluaskan pengetahuan tentang kenegaraan (nation-building) dan meningkatkan perasaan cinta serta pengorbanan kepada negara.

• Modul pembinaan karakter untuk membina karakter yang berkesan bagi para peserta yang merangkumi diri, keluarga, komuniti dan negar

• Modul kesukarelaan untuk memberi kesedaran dan jatidiri yang kukuh dan padu perlu dijanakan dalam diri setiap individu untuk menyuburkan kekuatan serta keyakinan diri.

Selain itu, diwujudkan juga program 1M4U yang merupakan satu inisiatif dari kerajaan untuk menggalakkan lagi penyertaan para belia dalam aktiviti kemasyarakatan di Malaysia. Dengan adanya inisiatif ini diharap para belia dapat memanfaatkan peluang yang sedia ada untuk berbakti dan memberi sumbangan kepada Negara. Kerajaan Malaysia telah mengiktiraf bahawa belia Malaysia boleh membantu serta memainkan peranan penting dalam membentuk Malaysia menjadi destinasi yang lebih baik untuk hidup, bekerja dan bermain.

Dalam usaha untuk menangkap imaginasi belia demi memberikan inspirasi dalam merealisasikan impian tersebut, kempen 1Malaysia Untuk Belia (1M4U) diwujudkan bagi menjalankan aktiviti berkaitan sukarelawan. Aktiviti tersebut bertujuan memberikan manfaat kepada masyarakat dan kumpulan sosial yang disasarkan dalam kempen berkenaan. Menerusi kempen ini, 1M4U akan sampai kepada individu sama ada kolektif atau pun tunggal, pertubuhan bukan kerajaan dan sektor korporat dengan menyelaras usaha menggalakkan kesukarelawanan dari golongan belia.

Tujuan utama 1M4U adlah untuk mengembangkan semangat cintakan negara dan kesukarelawanan dikalangan belia di seluruh Malaysia. Pihak kerajaan menganggarkan 1M4U akan memberikan motivasi kepada belia untuk sama-sama terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan.

Diwujudkan juga Dana Belia 1Malaysia sebagai platform untuk membantu dari aspek kewangan bagi golongan belia menyalurkan bakat dan tenaga mereka ke arah pembangunan belia di negara ini. Dana Belia menawarkan peluang kepada para belia untuk merealisasikan impian mereka, membina aspirasi yang selama ini menjadi kebanggaan: sebuah negara yang menyatukan rakyat tanpa mengira darjat dan kaum, serta maju sebagai rakyat yang bersatu padu.

Selain itu, portal web 1Klik [1 Malaysia Klik] diwujudkan oleh Kementerian Penerangan untuk semua golongan terutamanya remaja dan belia bagi memberikan penerangan tentang profil negara, portal pembelajaran, dasar-dasar kerajaan serta maklumat berkaitan kenegaraan yang termaktub dalam Perlembagaan bagi menjelaskan kekeliruan akibat daripada penyebaran maklumat yang kurang tepat oleh blog dan laman web yang cuba merosakkan dan mengganggu gugat keharmonian serta kesejahteraan negara.

Kerajaan juga melalui Kementerian Belia dan Sukan juga merancang untuk menubuhkan Parlimen Belia Malaysia yang bertujuan memberi peluang kepada 80 peratus belia yang btidak berpersatuan untuk bersuara bagi mewakili belia-belia di peringkat akar umbi dalam memberi pandangan terhadap pembangunan belia negara. Peranan dan fungsi Parlimen Belia Malaysia disasarkan sebagai platform kepada belia menyuarakan idea dan pandangan hampir menyamai Parlimen Belia di kebanyakan negara-negara maju seperti Australia, United Kingdom, New Zealand dan Negara-negara Eropah

Peranan Badan Bukan Kerajaan / Korporat

Selain itu badan bukan kerajaan atau syarikat korporat juga boleh turut serta membina moral dan akhlak remaja contohnya seperti mengadakan kem bimbingan semasa cuti sekolah dan menubuhkan pusat-pusat kegiatan sukan Futsal di mana remaja boleh bersukan dan melakukan kegiatan riadah. Kempen dan ceramah diadakan tentang bahaya dadah boleh dilancarkan oleh mana-mana pihak untuk menyedarkan remaja kita tentang kebahayaan dadah. Pihak berkuasa seperti Polis juga patut dijemput untuk memberi ceramah tentang jenayah yang berkaitan dengan remaja di sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi. Pada masa yang sama, pihak berkuasa ini boleh memberi amaran keras terhadap sesiapa yang berniat untuk melanggar undang-undang negara.

Undang-undang

Undang-undang yang berkaitan dengan salahlaku dan gejala moral harus dipreketatkan lagi agar usaha pembangunan moral tidak terbantut. Dengan adanya undang-undang yang baik tetapi pelaksanaan yang lemah juga tidak akan membantu kita dalam menghapuskan gejala ini. Oleh itu, pihak berkuasa harus sentiasa mengadakan pemeriksaan dan pemantauan dari semasa ke semasa untuk menghalang gejala buruk daripada berleluasa seperti pengedaran dan pengambilan dadah jenis pil khayal yang banyak berlaku berhampiran dengan balai-balai polis di bandar-bandar utama seluruh negara. Kegiatan ini seolah-olah mencabar undang-undang. Ketakutan untuk melakukan kesalahan disisi undang-undang akan membuatkan remaja sentiasa mengikut peraturan dan kawalan terhadap perlakuan mereka lebih mudah serta senang mendengar nasihat.

Akta Kanak-Kanak 2001 (Child Act) – Akta 611 serta Rang Undang-Undang Jenayah Malaysia digubal bagi menangani kes pembuangan bayi serta pennderaan terhadap kanak-kanak yang dapat menjamin keselamatan dan kesejahteraan keluarga. Pesalah yang terlibat di dalam kes ini akan dikenakan hukuman yang setimpalnya.

Tindakan keras perlu diambil supaya aktivitinya dapat dibendung. Langkah yang radikal boleh diambil oleh kerajaan dengan secara perlahan-lahan mengurangkan penyiaran filem berunsur ganas dan jenayah. Undang-undang yang ketat menerusi tindakan kerajaan akan mampu menyedarkan pelajar bahaya pembabitan di dalam aktiviti gengsterisme. Kesepaduan kementerian-kementerian termasuklah Kementerian Pelajaran, Kementerian Penerangan, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat boleh mengubah persepsi ke atas pelajar yang sering dilayan secara negatif kebelakangan ini akibat tindakan atau kelakuan segelintir pelajar berisiko.

Sekolah & Institusi Pendidikan

Pendidikan bertujuan melahirkan individu yang seimbang daripada aspek intelek, rohani,emosi dan jasmani. Potensi intelek perlu diperkembangkan kerana seseorang perlumempunyai kemampuan untuk berfikir secara logik dan rasional; membuat keputusan dengan tepat dan menyelesaikan masalah dalam kehidupannya secara bijaksana

Sehubungan itu pelbagai tahap modal insan perlu dikeluarkanmelalui sistem pendidikan bagi mengisi petak pekerjaan yang sesuai bagi pembangunannegara. Malaysia pada hari ini lebih mengutamakan modal insan atau pekerja ilmudalam bidang sains dan teknologi. Tenaga kerja yang berpendidikan tinggi dalam sainsdan teknologi perlu supaya setaraf dengan negara lain. Harapan diletakkan kepada parapelajar lepasan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) atau institusi pengajian tinggi swasta IPTS) dalam mengaplikasikan pengetahuan serta pendidikan yang mereka pelajari apabila berada di alam pekerjaan nanti. Tenaga kerja ini dilatih terlebih dahulu supaya menguasai kemahiran mengguna peralatan teknologi seperti teknologi ICT. Dalam pelaksanaan Model Baru Ekonomi, pendidikan diberikan keutamaan untuk menangani masalah ketidakseimbangan dalam masyarakat dengan menyediakan peluang pendidikan yang sama untuk semua kaum.

Pendidikan adalah sebagai medium untuk berlakunya mobiliti sosial untuk mencapai matlamat Model Baru Ekonomi Kerajaan juga telah mengadakan pelbagai program pendidikan untuk siswazah yang menganggur. Ini salah satu program yang baik supaya tiada antara bekas siswazah yang tercicir dalam menyumbangkanidea, tenaga dan usaha untuk meningkatkan lagi mutu pembangunan negara. Dapat dikatakan bahawa perkembangan pendidikan di negara ini berlangsung sejak dari zaman dahulu lagi dan berkesinambungan hingga sekarang. Walaubagaimanapun dengan cabaran yang berubah selaras dengan peredaran zaman, pendidikanterus mengalami perkembangan. Fungsi pendidikan juga terus berubah. Fungsi pendidikan kini dilihat sebagai asas untuk kelangsungan sesuatu pembangunan

Untuk mempercepat penambahbaikan prestasi pelajar secara berkesan, berterusan dan menyeluruh, kerajaan tidak akan hanya memberi tumpuan kepada pembangunan fizikal tetapi akan lebih menumpukan kepada aspek yang memberi impak besar kepada prestasi pelajar seperti kualiti guru dan kepimpinan di sekolah. Selaras dengan pengalaman pelaksanaan sistem pendidikan terbaik dunia dan keperluan untuk menghasilkan peningkatan prestasi pelajar yang signifikan empat strategi akan diguna pakai iaitu:

• Memastikan setiap kanak-kanak boleh berjaya. Menetapkan harapan yang tinggi kepada semua pelajar tanpa mengira latar belakang dan menyediakan bantuan dan sokongan yang sistematik terutama kepada mereka yang ketinggalan dalam pembelajaran;

• Menjadikan sekolah bertanggungjawab terhadap prestasi pelajar. Memberikan autonomi kepada beberapa aspek pengurusan sekolah sebagai ganjaran ke atas peningkatan signifikan pencapaian pelajar;

• Membuat pelaburan bagi membangun kepemimpinan unggul di setiap sekolah. Membuat pelaburan yang besar bagi meningkatkan prestasi kepimpinan sekolah sebagai pemangkin utama perubahan menerusi kriteria pemilihan yang ketat, latihan dan pengurusan prestasi yang mantap berdasarkan prestasi pelajar;

• Meningkatkan daya tarikan profesion keguruan dan menghasilkan guru terbaik. Menjadikan profesion keguruan lebih menarik supaya lebih ramai individu berkebolehan tinggi berminat menyertainya, meningkatkan kualiti latihan praktikum, dan memantapkan pengurusan prestasi serta pembangunan profesional bertaraf dunia yang berterusan.

written by: Norhisham Bin Puteh @ Arif & Zuriana Binti Kechek

Thursday 23 January 2014

Pembangunan Moral Insan Mengikut Barat

Moral

Perkataan moral berasal daripada perkataan Latin “moralitas” yang bermaksud pengajaran dan pegangan berkenaan dengan buruk baik sesuatu perbuatan, merangkumi kelakuan, kewajipan, sikap dan cara berkelakuan yang berasaskan baik buruk sesuatu akhlak.(sumber daripada wikipedia.org) Moral merupakan prinsip-prinsip dan nilai-nilai yang diyakini individu dan masyarakat malah dapat diterima dan dilaksakan dengan baik. Menurut Chang Lee Hoon (2005), terdapat dua prinsip moral yang asas iaitu adil dan penyayang. Prinsip adil menekankan hak manakala prinsip penyayang yang menekankan hormat dalam kalangan manusia.

Teori Kohlberg

Lawrence Kohlberg (25 Oktober 1927 - 19 Januari 1987) adalah seorang ahli psikologi Amerika terkenal dengan teori peringkat pembangunan moral. Teori Kohlberg berpendapat bahawa hujah moral, yang merupakan asas untuk tingkah laku beretika, mempunyai enam tahap perkembangan yang boleh dikenal pasti. Esensialisme Esensialisme memandang bahawa pendidikan harus berpijak pada nilai-nilai yang memiliki kejelasan dan tahan lama yang memberikan kestabilan dan nilai-nilai terpilih yang mempunyai peraturan yang jelas. Falsafah Esentialisme ini tidak menekankan pendidikan jasmani, rohani dan emosi sedangkan ketiga-tiga aspek ini amatlah penting bagi melahirkan insan yang sempurna. Teori falsafah Esensialisme pada asasnya tidak menyeluruh terutama dalam pendidikan kerana lebih mementingkan penguasaan kemahiran semata-mata. Teori ini hanya berjaya melahirkan mereka-mereka yang cerdik semata-mata tetapi tidak menitikberatkan akhlah yang luhur dan murni. Teori ini membelakangkan aspek nilai akhlak dan keimanan. Kesimpulan Teori Dari Barat Mengenai Pembangunan Moaral Insan Teori-teori yang wujud walau bagaimanapun adalah semata-mata berdasarkan pemikiran yang rasional. Oleh sebab itu, teori moral yang berlandaskan pemikiran rasional manusia adalah berubah-ubah dan sudah pasti bersifat tentatif dan relatif kerana pemikiran akal manusia adalah berubah-ubah dan bukannya bersifat statik. Perkara ini bertepatan dengan idea Darwin yang mengatakan setiap “makhluk” akan berubah dan perubahan adalah perlu dalam mengecapi kemajuan. Teori moral juga menyatakan bermoral atau tidak bermoralnya seseorang individu ditentukan oleh keadaan, masa, tempat dan pendapat majoriti. Jika di Barat, nilai-nilai moral menjadi satu isu yang boleh diperdebatkan ini kerana idea-idea yang didokong mereka saling bercanggah dan tidak sepakat sehingga pada satu tahap wujudnya pertelingkahan untuk mempertahankan pendapat masing-masing. Setiap falsafah yang dibincangkan mempunyai kekuatan dan kelamahan tersendiri. Dari segi kekuatan, fahaman-fahaman ini memberi satu dimensi baru dalam perkembangan pemikiran manusia disamping menjadi garis panduan moral atau etika dalam menentukan betul atau salah sesuatu perbuatan dan akibat perbuatan tersebut. Oleh sebab itu tiada kata putus dalam menentukan fahaman moral yang mana sesuai untuk diamalkan terutamanya dari aspek pembangunan moral insan.




written by: Asmahusna Ahmad

Wednesday 22 January 2014

Pembangunan Moral Insan (secara umum- menurut Falsafah Pendidikan di Malaysia)

Definisi Moral

Moral pada dasarnya berasal daripada perkataan Latin “mores’ yang membawa maksud sama seperti etika (Ashmore, 1987). Namun, moral merupakan satu perkara yang lebih merujuk kepada tingkah laku manakala etika merujuk kepada peraturan-peraturan yang ditentukan untuk memperbaiki sesuatu keadaan. Moral juga bersifat praktikal kerana moral merupakan disiplin yang memberitahu apakah sistem moral yang dihayati oleh sesuatu masyarakat dan etika pula bersifat teoretika kerana etika mengkaji, menganalisis dan mengkritik sistem moral tersebut. Perkara ini menerangkan moral merupakan bahan yang dikaji oleh etika manakala etika adalah ilmu yang mengkajinya.

Mengikut kamus Oxford Advanced Learner’s, Edisi keenam, moral bermaksud kesedaran tingkah laku betul dan salah, apa yang perlu dipatuhi dan ditinggalkan serta bersifat praktikal. Moral juga bermaksud sebagai tingkah laku yang sesuai dengan tatasusila atau peraturan masyarakat setempat di mana masyarakat bertindak sebagai penentu. Pertimbangan moral juga bergantung kepada suasana atau keadaan yang membentuk individu contohnya seperti sistem sosial, kelas sosial dan kepercayaan yang dianuti. Kesedaran moral mempunyai hubung kait dengan hati nurani atau dalam bahasa asing disebut conscience, conscientia, gewissen, geweten dan dalam Bahasa Arab disebut qalb, fu’ad. Kesedaran moral ini merangkumi tiga perkara iaitu kewajipan untuk melakukan tindakan bermoral, wujud berasaskan rasional dan objektif iaitu sesuatu perbuatan secara umum dapat diterima oleh masyarakat dan ketiga ialah muncul dalam bentuk kebebasan.

Sebagai contoh, dalam kehidupan bermasyarakat, kesedaran moral dapat mewujudkan masyarakat yang harmoni dan progresif. Hal ini kerana, kesedaran moral yang wujud dalam setiap diri masyarakat dapat memupuk persefahaman, bertimbang rasa, tolong-menolong dan lain-lain nilai yang baik. Perkara ini seterusnya akan membantu dalam melahirkan sebuah negara yang aman dan tenang di mana setiap rakyat akan sentiasa berasa selamat dan sejahtera dengan adanya masyarakat yang mempunyai kesedaran moral yang tinggi.

Contoh diatas jelas menyokong kata-kata Thomas Hobbes yang telah menggambarkan kepentingan hidup bermoral seperti berikut, “Tanpa peraturan sosial (moral), akan wujud satu keadaan konflik yang tidak berkesudahan dan persengketaan yang mengakibatkan kehidupan manusia menjadi jahat, bersifat buas dan angkuh”. (Mohd. Janib Johari, 1994).

written by: Jamaludin nayan

Pembangunan Moral Insan (menurut Islam)

Pengertian insan

Manusia dapat ditakrifkan sebagai makhluk yang mempunyai akal, budi atau boleh berfikir dan mempunyai daya upaya. Insan ialah istilah Al-quran yang merujuk kepada manusia yang menyeluruh dan sepadu. Kata insan diambil dari kata uns yang membawa maksud jinak, harmoni dan tampak, kata nasiya yang bermakna lupa, ataupun kata nasa-yanusu yang bererti bergoncang. Walaupun terdapat perbezaan pandangan mengenai asal erti perkataan insan, yang utama ialah menurut M.Quraish Shihab “ kata insan, digunakan dalam Al-Quran untuk menunjukkan kepada manusia dengan keseluruhannya jiwa dan raga”.

Allah telah mengurniakan anugerah yang paling tinggi kepada manusia iaitu akal untuk manusia berfikir bagaimana hendak menguruskan kekayaan sumber sumber ciptaan Allah dengan memerlukan sistem pengurusan yang baik ldan bijaksana serta berhemah. Allah menghubungkan ciptaan-NYA yang berupa sumber-sumber yang mempunyai nilai tinggi sebagai rahmat yang perlu diuruskan sebagai amanah. Allah S.W.T telah menunjukkan menerusi Al-Quran dan mengambil contoh peribadi Rasulullah S.A.W sebagai modal insan yang terbaik supaya menjadi ikutan kita semua.

Pembangunan insan menurut perspektif Islam

Pembangunan dalam Islam adalah keupayaan untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat keseluruhannya sama ada di dunia mahupun di akhirat di dalam satu proses yang harmonis dan dinamis. Fokus utama dalam pembanngunan dalam Islam adalah pembangunan insaniah manusia itu sendiri.

Insan yang hebat penguasaan ilmu pengetahuannya dan berpegang teguh serta menghayati nilai-nilai akhlak yang murni. Sehubungan dengan itu, pembangunan yang cuba diketengahkan oleh Islam adalah pembangunan yang datangnya daripada kesedaran yang tinggi dari umatnya yang saling bekerjasama dan bukannya datang daripada satu kelompok yang kecil. Di samping itu, pembangunan ini juga haruslah mampu untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat.

Pembangunan dalam Islam dijalankan secara dua tahap iaitu peringkat pembangunan kerohanian dan pembangunan peringkat fizikal. Peringkat kerohanian merupakan pembangunan yang paling asas dalam Islam. akal dan jiwa manusia perlu dibangunkan dahulu sebelum sesuatu pembangunnan fizikal dilaksanakan. Ini adalah untuk melahirkan insan yang mempunyai pemikiran yang bersih, suci dan mempunyai pekerti yang mulia.

Terdapat elemen-elemen penting dalam pembanguan insan dari perspektif Islam yang boleh dilihat dengan jelas bertujuan untuk memelihara dan menjaga kepentingan dan keperluan manusia dan terdapat lima ciri – ciri penting yang menjadi ukuran kesejahteraan dan juga kemakmuran manusia. Pembangunan dan pemeliharaan kelima-lima aspek ini merupakam matlamat syariah iaitu agama, akal, diri, keturunan dan harta. Ianya elemen penting dalam diri manusia dan diperlukan sekiranya ingin mengukuhkan nilai peradaban hidup manusia.

Pembangunan insan juga memerlukan akal ataupun mental. Secara semulajadi, semua manusia dikurniakan oleh Allah S.W.T dengan akal fikiran sebagai asas perbezaan antaranya dengan makhluk dan haiwan lain. oleh itu,akal yang dikurniakan oleh Allah perlulah digunakan dengan lebih bijak dan seharusnya dibangunkan dengan betul dan menuju ke arah pencapaian yang lebih baik.

Eleman lain yang berkaitan ialah nyawa, keturunan dan maruah. Elemen – elemen ini merupakan keperluan asasi manusia yang perlu dipelihara dan dibangunkan dalam usaha pembinaan insan. Kerana ianya berkait rapat dengan tujuan untuk memastikan kesinambungan dan kelangsungan kehidupan manusia yang sejahtera, makmur dan mendapat keredhaan Allah S.W.T. Islam sangat mengambil berat aspek kekeluargaan dengan mengatur dan menyusun secara terperinci peraturan – peraturan dalam pembentukan sistem kekeluargaan yang baik.

Moral dan etika boleh dikaitkan dengan istilah akhlak tetapi terdapat perbezaan yang nyata dalam konteks penghayatannya. Istilah “ akhlak “ daripada bahasa Arab dan ada kaitan dengan dua istilah yang lain iaitu istilah “khalik” (Tuhan Pencipta) dan “makhluk” (ciptaan) daripada kata akar yang sama iaitu “khalaka” (mencipta).

Akhlak mencakupi makna moral dan etika iaitu sifat dan perlakuan yang baik, ikhlas , benar dan ianya mesti dipunyai oleh seseorang yang boleh memberi kebaikan kepda dirinya dan juga kepada orang lain disekelilingnya.

Nabi Muhammad sebagai Manusia Bermoral

Nabi Muhammad SAW merupakan seorang manusia yang sempurna ciri akhlaknya. Ini ditegaskan oleh Allah dalam firmanNYA ( al-Ahzab 33:21; al-Qalam4:1546) yang membawa maksud:

‘Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan0 allah dan (balasan baik) hari akhiran, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak ( dalam masa susah dan senang).

Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang sangat-sangat mulia.’

Berdasarkan firman Allah SWT di atas, ianya dapat dirumuskan bahawa Nabi Muhammad SAW penuh dengan sifat diri yang baik dan terpuji. Antara contoh akhlak baginda yang mulia ialah ianya melliputi integriti, kejujuran dan amanah. Sifat jujur dan integriti sebati dalam diri baginda dan diakui ramai sehingga diberi gelaran Al-Amin. Selain daripada integriti dan amanah, baginda mempunyai sifat merendah diri yang sangat tinggi. Baginda menolak sanjungan dan sentiasa mahu berdamping dengan pengikutnyanya tanpa sebarang perbezaan darjat. Satu contoh yang diriwayatkan oleh Al-thabari dalam kitabnya mengenai kisah sebuah perjalanan jauh baginda bersama seorang sahabat, di mana dalam para sahabat telah menawarkan diri secara sukarela untuk mencari kayu api bagi kegunaan bersama. Namun, baginda menjawab dengan berkata, “.... saya tidak suka ada perbezaan di antara saya dan kalian, dalam bekerja, kerana Allah tidak menyukai hamba yang berbeza dengan kawan-kawannya”.

Dalam konteks kelakuan, baginda selalu bersikap terbuka dan mendengar buah fikiran pengikut dengan mengamalkan prinsip syura dalam pengurusan dan pembuatan keputusan. Di samping itu, baginda juga didapati seorang yang lemah lembut terhadap orang lain. ini bermaksud baginda sentiasa bersikap ramah terhadap orang lain sama ada dalam perkataan ataupun perbuatannya, peka dan menjaga emosi orang lain dan tidak suka menyusahkan pengikutnya. Sikap keterbukaan baginda dapat dipelajari daripada kisah menentukan strategi pertempuran perang Uhud. Terdapat dua pandangan tentang lokasi bertempur dan pertahanan, iaitu sama ada dari dalam kota ataupun bertempur di lokasi di luar kota Madinah. Nabi Muhammad SAW dikatakan lebih suka kepada bertempur didalam kota, namun demikian dengan mengambil jira pendapat ahli syura yang lain maka lokasi pertempuran telah ditentukan di luar kota Madinah. Sikap baginda selari dengan perintah dari Allah dalam ayat 159 surah Ali Imran yang bermaksud;

‘maka dengan sebab rahmat ( yang melimpah – limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah lembut kepada mereka (sahabat – sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu, maafkanlah mereka ( mengenai kesalahan yang mereka lalkukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan soal-soal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam ( sesudah bermesyuarat untuk membuat sesuatu ) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang – orang yang bertawakkal kepadaNYA.

Dalam konteks pembuatan keputusan, baginda adalah seorang manusia yang sangat adil. Ketegasan baginda dalam menegakkan keadilan dapat dipelajari daripada kisah berkaitan hukuman bagi seorang wanita Bani Makhzum yang terlibat dalam perbuatan mencuri. Baginda telah menyatakan pendirian tegasnya dalam hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a .” sesungguhnyatelah binasa orang – orang sebelum kalian disebabkan apabila ada salah seorang yang terpandang di antara mereka mencuri, mereka membiarkannya begitu sahaja. Akan tetapi, jika salah seorang daripada mereka lemah (rakyat biasa) mencuri, maka mereka menegakkan hukuman baginya. Demi Allah, jika sahaja Fatimah puteri Muhammad mencuri, maka aku sendiri yang akan memotong tangannya!”.

Berdasarkan hadis berkenaan, jelas menunjukkan bahawa Nabi Muhammad SAW adalah seorang yang sangat objekktif dan tidak mengamalkan sikap pilih kasih dalam menegakkan hukuman yang telah ditetapkan oleh ALLAH.

Baginda bersifat pemaaf dan tidak pemarah walaupun individu berkenaan pernah menzalimi, mengusir, mencerca dan memerangi baginda.

Nabi Muhammad Sebagai Pengurus Moral

Nabi Muhammad SAW diutus dengan tugas dan tanggungjawab tertentu seperti firman Allah dalam surah al-Ahzab 33: 45-46 yang bermaksud: “Wahai Nabi, sesungguhnya Kami mengutusmu sebagai saksi (terhadap umatmu), dan pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman) serta pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar). Dan juga sebagai penyeru (umat manusia seluruhnya) kepada agama Allah dengan taufik yang diberiNya; dan sebagai lampu yang menerangi”.

Dalam konteks tanggungjawab yang diamanahkan itu, Nabi Muhammad SAW sentiasa menunjukkan teladan yang baik kepada umat. Baginda tidak hanya mengeluarkan arahan, sebaliknya baginda sentiasa menjadi orang pertama melakukan amalan yang ingin diarahkan kepada pengikutnya. Justeru pendidikan dan asuhan baginda kepada umat adalah menepati konsep mendidik melalui teladan yang ditunjukkan baginda sendiri. Hal demikian dapat dipelajari daripada contoh pengajaran baginda kepada sahabat tentang cara mendirikan solat seperti sabda yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dari Malik bin Al-Huwairith; “Kerjakanlah solat sebagaimana kamu melihatku mengerjakan solat”. Baginda juga mendisiplinkan pengikutnya secara berterusan bagi mencapai cara hidup yang diredai Allah. Ini selari dengan firman Allah SWT dalam surah al-Syura 42: 52 yang bermaksud: “Dan sesungguhnya kamu benar-benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus”.

Baginda komited dan konsisten menyampaikan segala syariat Allah sekalipun menerima tentangan yang hebat. Ini ditegaskan dalam firman Allah dalam surah al-Maidah 5: 67 yang bermaksud: “Wahai Rasul Allah!, sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu”. Sehubungan itu, baginda sentiasa berperanan sebagai pengurus moral dengan memberi bimbingan, peringatan, panduan dan nasihat yang berterusan kepada umat yang dipimpinnya.

Baginda mengamalkan sikap lemah lembut dan tidak menghina atau mencerca dalam mendidik pengikutnya walaupun mereka membuat kesilapan. Contoh ini dapat diteliti daripada cara baginda menegur perbuatan seorang amil, di mana atas maksud mahu membetulkan keadaan dan memberi pengajaran kepada orang lain, baginda menyebut perbuatan tersebut tetapi tidak menyatakan nama amil yang berkenaan.

Peranan sebagai pengurus moral ini selari dengan sabda baginda dari Tamim Bin Aus ad-Dari : Agama itu nasihat. Kami bertanya, bagi siapa? Baginda menjawab, Bagi Allah, Rasul-Nya, pemimpin kaum muslimin, dan kaum muslimin umumnya. Berdasarkan hadis di atas, didapati Nabi Muhammad SAW telah diamanahkan dengan tanggungjawab pengurus moral yang menyampaikan kebaikan dan kebenaran.

Nabi Muhammad sebagai Hamba Taat

Sifat diri nabi tidak terhad kepada perlakuan terpuji sesama manusia, sebaliknya meliputi ciri yang menjadikan baginda sentiasa terikat kepada Penciptanya. Sifat zuhud, taqwa dan tawadduk adalah sifat diri yang meletakkan diri baginda sebagai hamba Allah yang sangat taat (ubudiyyah).

Sifat zuhud bermaksud tidak terpengaruh dengan tarikan dunia yang sementara dan lebih mengutamakan kesenangan akhirat berbanding kesenangan dunia yang sementara. Sifat zuhud dapat menghindari seseorang manusia daripada sifat tamak dan suka bermewah - mewah. Ia menjadikan manusia sentiasa bersederhana dalam menikmati harta dunia dan tidak terpengaruh dengan sifat tamak yang mengundang gejala seperti rasuah, tipu muslihat dan konflik kepentingan diri.

Sifat zuhud baginda dapat dikenal pasti daripada sabda yang diriwayatkan oleh Malik dalam kitab Al- Muwattha’yang bermaksud: “Seandainya aku memiliki harta sebanyak pepohonan kayu yangmterdapat di Tihamah ini, nescaya aku akan membahagikannya, supaya kamu benar-benar dapati diriku bukanlah seorang yang bakhil, pendusta dan bukan pula seorang yang pengecut”.

Hadis lain yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari : “Kami tidak pernah mewariskan kekayaan. Segala harta benda yang kami tinggalkan adalah sebagai sedekah”.

Sifat tawaduk ialah rasa malu dan sentiasa mengagungkan Allah disebabkan sangat mengenali kehebatan Allah. Seseorang yang tawaduk akan memandang ringan dan remeh segala kehebatan dunia seperti pangkat, harta, status dan kedudukan disebabkan kesedaran tinggi tentang kehebatan Allah.

Sifat tawaduk yang ada pada diri Nabi Muhammad SAW telah menyebabkan baginda sentiasa berbelas kasihan dan melayan baik orang-orang yang lemah, bersahabat dengan rakyat jelata tanpa mengira perbezaan taraf, bergaul mesra dengan masyarakat termasuk fakir miskin dan mengamalkan cara hidup yang sederhana Sifat takwa bermaksud rasa takut terhadap Allah dan didorong juga oleh kenalnya seseorang kepada Tuhannya.

Hal yang demikian dijelaskan oleh Nabi dalam sabda yang diriwayatkan daripada Al-Bukhari dari Aisyah berbunyi: “Sesungguhnya orang yang paling bertakwa dan orang yang paling mengetahui Allah itu adalah aku”. Rasa takwa akan mendorong individu untuk memilih perlakuan yang diizinkan Allah dan meninggalkan segala yang ditegahNya. Menurut Anas bin Malik ; Nabi pernah berkhutbah menyatakan “sekiranya kalian mengetahui apa yang aku ketahui, nescaya akan sedikit tertawa dan banyak kalian menangis…syurga dan neraka telah diperlihatkan dengan jelasnya kepadaku, maka tak pernah aku mengalami hari sebaik tapi juga seburuk hari ini, kalau sekiranya kalian mengetahui apa yang aku ketahui, nescaya kalian akan sedikit tertawa dan banyak menangis…” Sehubungan itu, ketiga-tiga sifat jiwa yang suci telah mendatangkan rasa ubudiyyah (kehambaan) yang tinggi terhadap Allah.

Namun demikian, pandangan barat adalah berbeza untuk pembangunan moral. Menurut Kohlberg, kualiti alasan moral berkembang seiring dengan tahap pembangunan moral yang dialami individu (Velasquez 2002). Individu yang mencapai tahap pembangunan moral yang tinggi akan memilih perlakuan etika secara konsisten. Ini disebabkan pilihan perlakuan tersebut disandarkan kepada ‘alasan’ yang matang dan tinggi kualitinya.

Terdapat tiga tahap asas dalam pembangunan moral manusia iaitu (Velasquez 2002):

1. Tahap pertama: Pra-konvensional

Pada tahap pra-konvensional, motif moral individu berada pada tahap yang paling rendah. Pilihan untuk mengamalkan etika adalah sematamata kerana takutkan hukuman daripada pihak atasan yang lebih berkuasa, contohnya, takutkan ketua dan hukuman. Ia juga meliputi alasan intrumentalis, di mana dengan membuat sesuatu perlakuan etika maka individu dapat mencapai sesuatu yang disukainya. Contoh dengan mematuhi peraturan maka individu berpeluang untuk dinaikkan pangkat. Dalam keadaan tersebut, tindakan etika telah dilakukan semata-mata untuk membolehkan individu dinaikkan pangkat.

2. Tahap dua: Konvensional

Pada peringkat ini, individu mencapai tahap alasan yang lebih matang. Kelakuan etika dilakukan sebagai menunjukkan kesetiaan dan kepatuhan kepada norma-norma yang dikehendaki oleh kumpulan. Contohnya, melakukan sesuatu tindakan etika kerana ia adalah norma yang diterima dalam organisasi.

3. Tahap tiga: Pasca-konvensional

Pada peringkat ini individu mencapai tahap alasan yang paling tinggi nilai kematangan moralnya. Pilihan perlakuan etika dilakukan semata-mata kerana ia adalah prinsip sejagat yang betul untuk dilakukan tanpa bersandar kepada sebarang alasan lain.

Elemen ubudiyyah adalah alasan yang melangkaui sempadan tahap pasca konvensional. Ini kerana ubudiyyah melibatkan perasaan sedar tentang kedudukan diri yang sangat rendah berbanding satu kuasa yang lebih tinggi (Pencipta). Ia tidak hanya berdasarkan alasan sejagat sebaliknya ia adalah alasan berkaitan hubungan manusia dan Tuhannya. Oleh yang demikian, ubudiyyah ialah satu alasan yang memiliki kualiti tinggi dan mendorong individu untuk beretika secara konsisten. Ubudiyyah menyediakan jawapan sempurna bagi persoalan seperti ‘mengapa individu perlu beretika, apa yang individu dapat dengan bertindak etika dan mengapa perlu mendorong orang lain menjadi etika’. Motif tindakan moral individu akan dikaitkan secara langsung kepada tujuan mengekalkan hubungan baik dengan Tuhan.

Sehubungan itu, kepemimpinan etika syumul yang merangkumi hablun min Allah dan hablun min al-nas dapat diwujudkan dan dikonsep semula sebagai kepemimpinan amar-makruf nahi-mungkar berasaskan prinsip kehambaan kepada Tuhan.

Berbeza dapat dilihat jika hendak dibandingkan dengan model barat, pembangunan moral Nabi Muhammad merangkumi tiga faktor utama iaitu manusia moral (moral person), pengurus moral (moral manager) dan hamba taat (moral vicegerent). Elemen moral vicegerent dapat memastikan elemen moral person dan moral manager dapat direalisasikan secara konsisten. Ini kerana melalui elemen kehambaan (moral vicegerent) justifikasi penaakulan moral ianya melangkaui batas tiga tahap perkembangan kognitif moral yang dapat diwujudkan. Model perkembangan kognitif moral Kohlberg adalah terhad kepada tahap prakonvensional, konvensional dan pasca-konvensional. Namun begitu, melalui model kepemimpinan etika Rasulullah, hubungan manusia dan Pencipta dapat diwujudkan. Hubungan tersebut kemudiannya dapat mengawal manusia dalam melaksanakan peranan sebagai individu bermoral (moral person) dan pengurus moral (moral manager) dengan lebih sempurna.

written by : Rozie binti murad

Pembangunan Moral Insan secara umum menurut Falsafah Pendidikan di Malaysia

Pembangunan moral insan adalah perkembangan tingkah laku dan sikap manusia ke arah yang lebih baik di mana ianya dapat dilihat melalui perlakuan yang menggambarkan sifat pemikiran seseorang individu tersebut. Perkataan moral merujuk kepada sikap, sifat dan tingkah laku manakala insan pula merujuk kepada manusia iaitu makhluk yang dicipta Tuhan. Pembangunan dan pembinaan moral insan yang betul, berguna akan membantu sesebuah negara melahirkan masyarakat yang dapat memastikan kejayaan masa depan negara tersebut.

Menurut falsafah pendidikan di Malaysia penekanan pendidikan daripada peringkat awal perlu diberikan ke arah perkembangan potensi individu yang merangkumi semua aspek untuk melahirkan insan yang berkembang dan harmonis dari segi minda, rohani, emosi serta jasmani berlandaskan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Pembangunan moral insan ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berupaya mencapai kesejahteraan dan secara tidak langsung mampu memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam Akta Pendidikan 1996, menetapkan matlamat untuk menghasilkan moral insan di mana akan menghasilkan graduan yang berpengetahuan dan mahir dalam bidang pengajian serta mampu mengadaptasi pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan seharian. Selain itu dalam usaha untuk membangunkan moral insan di kalangan masyarakat, masyarakat perlu berinovatif dan mempunyai kebolehan kognitif di mana masyarakat mampu berfikir secara analitikal dan kritikal yang mampu menyelesaikan dan mengatasi semua masalah.

Terdapat beberapa strategi yang perlu diwujudkan untuk memastikan pembangunan moral insan dapat dilaksanakan contohnya dengan mewujudkan perancangan yang strategik dan sistematik terutamanya institusi pengajian tinggi antaranya perlu menerapkan dan mengekplotasi ilmu pengetahuan bagi pertumbuhan ekonomi dan melahirkan masyarakat yang mahir serta berpengetahuan. Institusi pengajian tinggi ini memainkan peranan penting dalam pembentukkan hala tuju yang merangkumi aspek pentadbiran dan kajian penyelidikkan. Sebagai contoh kecemerlangan pendidikan akan bergantung secara langsung kepada kepimpinan yang berkesan dan budaya saing yang cemerlang di setiap peringkat.

Pembangunan moral insan minda kelas pertama mampu menggunakan pengetahuan dan kemahiran teknikal secara proaktif, kreatif, inovatif dan pengurusan mengatasi masalah daripada persekitaran yang sering berubah ubah untuk meningkatkan kualiti hidup dan menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat dan negara. Dengan itu, penekanan yang kuat kepada budaya pendidikan di kalangan masyarakat di Malaysia bagi menuju wawasan 2020

Kesimpulannya, memiliki sahsiah diri yang terpuji akan mewujudkan individu yang dapat mengelakkan diri daripada terlibat dengan gejala yang tidak berfaedah yang akan merosakkan diri. Seterusnya rakyat yang bersahsiah tinggi pula dapat membezakan sesuatu perkara yang baik dengan yang buruk. Pencapaian akedemik yang cemerlang akan menjamin masa depan yang cerah dan kehidupan yang lebih baik dengan menjawat jawatan yang tinggi dan mendapat pekerjaan yang bagus. Agak sukar untuk melahirkan masyarakat yang benar-benar seimbang iaitu mewujudkan moral insan. Oleh itu, masyarakat minda pertama perlu dicorak dengan merangkumi akhlak dan moral yang positif untuk mengikis tradisi indivisualism dalam jiwa manusia untuk mewujudkan moran insan yang benar benar berinsaniah.

written by: Mohd Nuramin Amin